SOP KURSUS PRA PERKAHWINAN PKPB

SOP KURSUS PRA PERKAHWINAN PKPB

Berikut adalah beberapa perkara yang berkaitan berkenaan kursus kahwin yang akan dijalankan nanti:

๐ŸŒธ Masa kursus dijalankan telah dipendekan dari 13 jam kepada 6 jam 30 minit sahaja. 

๐ŸŒธ Kursus kahwin akan dijalankan selama 1 Hari sahaja. 

๐ŸŒธ Peserta yang berkursus dikehendaki untuk memakai mask, membawa sanitizer & glove sendiri. 

๐ŸŒธ Peserta yang telah membuat tempahan dan telah membuat pembayaran deposit @ yuran penuh akan didahulukan untuk menjalani kursus. 

๐ŸŒธYuran kursus adalah Rm100 seorang

๐ŸŒธ Peserta yg telah membuat pemilihan tarikh kursus, WAJIB hadir pada tarikh yang telah dipilih. Sekiranya peserta gagal hadir pada tarikh tersebut, deposit kursus  tidak akan dipulangkan. 

๐ŸŒธ Peserta perlu menjalani kursus kahwin mengikut SOP yang telah disediakan selaras dengan kehendak KKM seperti yg sedia maklum. 

๐ŸŒธ Peserta yang mengalami masalah kesihatan hendaklah memaklumkan kepada pihak syarikat. 

๐ŸŒธ Pendingin udara (Aircond) tidak dipasang sepanjang kursus dijalankan. Pintu dewan kursus akan dibuka. 

๐ŸŒธ Kursus Kahwin akan dijalankan pada setiap hari Sabtu, Ahad dan Isnin sahaja mengikut kapasiti iaitu maksimum 30 orang sahaja setiap kursus. 

๐ŸŒธ Makanan akan diberikan kepada peserta setelah tamat kursus. Makanan boleh bawa balik. 

๐ŸŒธ Peserta tidak dibenarkan untuk keluar masuk sepanjang kursus berjalan. 
 
๐ŸŒธ Peserta hendaklah menjaga kebersihan diri dan sentiasa membasuh tangan atau memakai sanitizer. 

๐ŸŒธ Peserta yang ingin surat pengesahan untuk berkursus hendaklah maklum awal kepada pihak pengurusan untuk penyediaan surat tersebut. 

๐ŸŒธ Tindakan mengeluarkan peserta dari dewan kursus akan diambil jika peserta tidak mematuhi peraturan-peraturan berikut. 

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment